top of page

KESIMPULAN

​

               Pengurusan alam pembelajaran merupakan salah satu komponen yang penting untuk para guru dalam menitikberatkan dalam pembelajaran pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana pengurusan ini menjadi titik tolak dalam keberkesanan guru dalam menyampaikan pengajarannya di sekolah. Pengurusan alam pembelajaran penting kerana ianya mengajarkan kepada para guru untuk mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan di sekolah iaitu sebelum, semasa dan selepas pembelajaran. Pengurusan alam pembelajaran ini penting kerana setiap yang dirancang dan dikendalikan oleh guru yang mempunyai asas kemahiran dalam menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah. Apabila salah satu daripada komponen pengajaran dan pembelajaran ini tidak berfungsi ianya akan mempengaruhi dan meruntuhkan kualiti pengurusan alam pembelajaran serta mengakibatkan kegagalan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pelbagai langkah yang diambil untuk memulakan pembelajaran akan dipantau dan dinilai dari semasa ke semasa untuk mengetahui tahap pencapaian dan keberhasilan sesuatu perancangan.

bottom of page