top of page

PENGENALAN

Apa itu pengurusan alam pembelajaran?

Menurut Samsudin Md Noor, “pengurusan alam pembelajaran yang membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan”. Peranan dan tugas guru selain mengajar di dalam bilik darjah adalah sebagai seorang pengurus. Antara tugasnya adalah mengurus bahan-bahan pengajaran, mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus keadaan dan situasi fizikal di dalam bilik darjah agar menjadi lebih kondusif dan selesa, mengurus setiap murid dalam melaksanakan segala tugas mengikut jadual bertugas yang ditetapkan, dan lain-lain lagi.

            Menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa “alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu”. Para guru yang mempunyai kecekapan dalam melaksanakan segala tugas sebagai pengurus yang akan mengekalkan tingkah laku dan disiplin pelajar serta sekali gus meningkatkan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai. Hal ini dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

           Menurut Noraisah Ibni Qasim pula, “pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut”. Oleh itu, pemilihan alat bantu mengajar serta kaedah pengajaran sangat penting untuk memastikan keberkesanan PdP kepada pelajar. Kepelbagaian dalam mengurus PdP ini sememangnya akan menarik minat pelajar untuk sentiasa fokus di dalam kelas.

            Guru juga merupakan seorang pengurus ketika berada di dalam bilik darjah. Antara contoh guru sebagai seorang pengurus ialah mengurus bahan-bahan pengajaran, mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus keadaan dan situasi fizikal di dalam bilik darjah agar suasana kondusif dan selesa dapat diwujudkan. Guru-guru juga akan menguruskan pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan dan berupaya mencapai objektif pengajaran seperti yang dirancang. 

Search
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.

Link blog kumpulan 12

bottom of page